Rapid KL memaklumkan Stesen Bukit Bintang bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan juga Monorel akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga jam 1 pagi pada hari ini (30 April) hingga 2 Mei 2026.

Ia adalah bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung ke sekitar Bukit Bintang bagi menghadiri acara anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Menurut Rapid KL, dalam masa yang sama, beberapa stesen pertukaran terpilih turut dilanjutkan waktu operasinya bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu perkhidmatan Monorel yang melibatkan Stesen Hang Tuah, MRT Laluan Kajang (Stesen TRX, Merdeka, Pasar Seni), LRT Laluan Ampang/Sri Petaling (Stesen Plaza Rakyat, Chan Sow Lin, Hang Tuah), LRT Laluan Kelana Jaya (Stesen Pasar Seni) dan MRT Laluan Putrajaya (Stesen TRX, Chan Sow Lin).

Walau bagaimana pun, kata Rapid KL lagi, stesen selain yang disebut itu akan ditutup mengikut waktu operasi seperti biasa dan penumpang hanya dibenarkan untuk keluar dari stesen tersebut.

“Penumpang disaran menggunakan kad Touch ‘n Go dan pastikan baki kad mencukupi untuk kelancaran perjalanan. Bagi tujuan keselamatan dan keselesaan bersama, penumpang perlu memastikan pakaian berada dalam keadaan kering atau separa kering sebelum memasuki kawasan stesen,” kata Rapid KL menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

The post Stesen Bukit Bintang lanjut waktu operasi hingga 1 pagi – 30 Apr-2 Mei, MRT Laluan Kajang, Monorel appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts