Polis Selangor menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri telah mengadakan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya NKVE, awal pagi semalam. Operasi yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memeriksa sebanyak 103 buah kenderaan dan 120 individu berusia lingkungan 14 hingga 32 tahun.
Hasil operasi turut menyaksikan sebanyak 200 keping saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 41 buah motosikal telah disita bagi tindakan lanjut.
Pihak AADK pula telah melakukan 50 pemeriksaan saringan rambang dan berjaya merekodkan lapan tangkapan melibatkan individu positif dadah, iaitu tujuh orang positif ketum dan seorang positif ganja.
Menurut Polis Selangor, operasi ini dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan, selain memastikan keselamatan, ketenteraman serta pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.
The post Polis Selangor keluarkan 200 saman trafik dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Plaza Tol Bukit Raja appeared first on Paul Tan’s Automotive News.






























