PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal melaksanakan pengaktifan laluan kontra di KM293.4 (arah utara) antara Plaza Tol Persimpangan Putra Mahkota ke Plaza Tol Southville City, Lebuhraya Utara-Selatan. Ia dijadualkan bermula pada jam 10 malam ini (19 Mei 2026) hingga 5 pagi esok (20 Mei).
Pengaktifan laluan kontra ini adalah bagi kelancaran kerja-kerja penyelenggaraan struktur gantri papan tanda di jajaran terbabit.
“Sepanjang tempoh kerja dijalankan, gangguan trafik minimum dijangka berlaku di lokasi berkenaan. Para pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda trafik serta arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja demi keselamatan bersama,” kata PLUS.
Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, pengguna boleh merujuk Aplikasi PLUS. Sebarang bantuan kecemasan boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000.
The post PLUS aktifkan laluan kontra di plaza tol persimpangan Putra Mahkota-Southville City; 19-20 Mei, 10 mlm-5 pg appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















