Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Penerangan Malaysia telah mengeluarkan beberapa penjelasan mengenai situasi negara ketika berdepan dengan krisis bahan api global yang berterusan. Antaranya adalah penggunaan bahan api di Malaysia mencecah 700,000 tong minyak sehari, berbanding pengeluaran harian yang hanya 350,000 tong. Untuk itu, Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah dari luar, lapor Bernama.

Konflik di Asia Barat telah mengganggu rantaian bekalan minyak global, termasuk sektor pengangkutan dan penghantaran, serta menjejaskan laluan perkapalan utama melalui Selat Hormuz. Secara purata, harga minyak mentah telah meningkat sekitar 40%, dan antara lain telah menyebabkan kenaikan kos dalam dalam sektor logistik dan insuran.

48% daripada bekalan produk petroleum Malaysia ditapis oleh Petronas dan selebihnya oleh syarikat minyak lain di negara ini. Sementara itu, 48% daripada minyak mentah Malaysia dihasilkan di dalam negara, 38% diimport melalui Selat Hormuz, 7% dari Asia Tenggara, Afrika Barat dan rantau lain, dan 7% lagi dari Asia Barat dan tempat lain. Hampir 40% daripada jumlah import melalui Selat Hormuz telah terjejas setakat ini.

Menurut anda, apakah cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan minyak kita?

The post Malaysia guna 700,000 tong minyak sehari, sekali ganda jumlah pengeluaran; perlu diimport — MoF appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts