Menyemarakkan lagi penganjuran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) yang bakal berlangsung pada 12 hingga 21 Jun ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), acara sampingan termasuk KLIMS Run 2026 juga bakal diadakan.

Penganjurnya, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan bahawa KLIMS Run 2026 bakal dianjurkan pada 17 Mei ini bertempat di Dataran Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut. Ia melibatkan acara larian 5 KM dan 7 KM, yang turut dianjurkan sempena dengan KL Car-Free Morning.

Bagi yang ingin menyertai larian sejauh 5 KM, fi yang dikenakan adalah RM40, manakala RM45 bagi yang ingin berlari 7 KM. Setiap penyertaan akan menerima t-shirt eksklusif KLIMS Run, medal, bib larian, tiket berbayar percuma dan drawstring bag. Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, termasuk hadiah utama yang berupa MacBook Neo.

Bagi yang ingin menyertai acara larian ini, anda boleh mendaftar menerusi pautan https://checkpointspot.asia/event/klims-run26. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 26 April 2026. Jomlah kita lari sama-sama. Kalau tak larat nak berlari, kita ‘catwalk’ atau ‘sloth-run’ saja. Amacam?

The post KLIMS Run 2026 bakal dianjurkan pada 17 Mei ini di Dataran DBKL; larian 5 KM dan 7 KM, fi RM40-RM45 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts