Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar terbaharunya. Menurut KSM, dengan kerjasama ini ia akan menawarkan akses jualan yang lebih meluas kepada pelanggan Kia, sokongan selepas jualan yang dipertingkatkan serta pengalaman pemilikan yang lebih premium selaras dengan standard global terkini Kia.

“Pelantikan Cycle & Carriage, sebuah jenama automotif terkemuka di Malaysia dengan legasi menjangkau lebih 125 tahun, mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh rangkaian jualan kami. Usaha ini juga bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara, sekali gus meletakkan jenama Kia pada kedudukan yang lebih kompetitif dalam landskap automotif Malaysia yang dinamik,” kata CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim.

“Sebagai salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia, Kia merupakan penambahan yang kukuh kepada portfolio kami. Kami berbangga untuk mengalu-alukan jenama ini dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage untuk memperluas capaian pasaran Kia, di samping memberikan pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada pelanggan di Malaysia,” tambah CEO Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short pula.

The post Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage secara rasmi sebagai kumpulan pengedar baharu appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts