Susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang mash berlarutan menyebabkan harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi AS$100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat. Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut.
Dengan itu, Kementerian Kewangan (MoF) menetapkan bahawa bagi tempoh7 hingga 13 Mei 2026, harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM4.02 seliter. Manakala RON95 di bawah subsidi BUDi95 masih kekal pada paras RM1.99 seliter buat masa ini. Untuk RON97 pula, ia juga masih dikekalkan pada paras RM4.90 seliter.
Untuk diesel pula, harga bagi Semenanjung Malaysia turut dinaikkan sebanyak lima sen seliter, menjadi RM5.17 seliter. Manakala di Sabah dan Sarawak, harganya kekal pada RM2.15 seliter.
Kesemua harga baru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 13 Mei 2026. Ia merupakan pengumuman ke-20 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-383 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.
The post Harga minyak 7-13 Mei – Diesel untuk semenanjung dan RON95 tanpa subsidi naik 5 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















