BYD Sime Motors hari ini memperkenalkan secara rasmi model elektrik BYD Atto 3 2026 facelift yang hadir dengan beberapa kemaskini. Menerima satu tambahan varian terbaru, BYD Atto 3 2026 ditawarkan dalam dua varian, Ultra dan Premium, dengan masing-masing dijual dengan harga RM125,800 dan RM138,800.

Atto 3 Ultra 2026 kekal dengan spesifikasi yang mirip seperti penawaran sebelumnya. Ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion phosphate (LFP) Blade 60.48 kWh yang membekalkan sebanyak 204 PS (150 kW) kuasa dan 310 Nm tork. Varian ini memberikan jarak perjalanan sehingga 420 km mengikut kitaran WLTP.

Varian Ultra ini menggunakan pacuan roda depan, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat. Selain penampilan dan kemaskini rekaan yang diberikan, yang membezakannya dengan versi sebelum ini ialah kadar pengecasan pantas DC yang kini menampung sehingga 110 kW (sebelum ini hanya 88 kW). Ini membolehkah pengecasan 30%-80% dalam 30 minit (10 minit lebih pantas). Pengecasan AC kekal pada kadar 7 kW.

BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k

Bagi varian kedua, Atto 3 Premium 2026 pula, ia merupakan varian tambahan terbaru yang menyamai apa yang ditawarkan oleh Atto 3 Evo di pasaran Eropah. Ia melibatkan tetapan pacuan roda belakang, dan dilengkapi bateri LFP Blade 74.88 kWh, yang menjana sebanyak 313 PS (230 kW) kuasa dan 380 Nm tork — peningkatan sebanyak 109 PS (80 kW). Jarak perjalanan yang boleh dicapai oleh varian ini adalah sejauh 510 km dengan kitaran WLTP.

Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 5.5 saat. Memanfaatkan binaan 800-volt Untuk pengecasan pantas DC, ia menampung sehingga kadar 220 kW dengan pengecasan 10%-80% dalam masa hanya 25 minit. Pengecasan AC juga lebih tinggi dengan 11 kW dan memerlukan lapan jam untuk mengecas sepenuhnya — sejam lebih pantas berbanding sebelumnya.

Tetapan suspensi juga berbeza antara kedua-dua varian facelift 2026 ini. Atto 3 Ultra datang dengan tetapan suspensi MacPherson di depan, sementara di belakang menggunakan jenis multi-link. Manakala untuk varian Premium, di depan menggunakan jenis MacPherson dengan ciri dual-ball joint, dan di belakang dengan multi-link lima-poin sambungan.

BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k

Bagi aspek keselamatan, yang membezakan kedua-dua varian ini termasuklah beg udara tengah yang hanya ada untuk Premium, manakala ADAS Standard diberikan untuk Ultra, sementara Premium menerima ADAS dengan versi dengan fungsi tambahan yang lebih lengkap. Untuk ruang barangan, Ultra menyediakan kapasiti barangan seluas 434 liter (1,340 liter dengan kerusi dilipat) dan tanpa ruang “frunk”, manakala Premium memberikan lebih ruang dengan 490 liter (1,360 liter dengan kerusi dilipat) dan tambahan 10 liter untuk ruang “frunk”-nya. Ultra juga hadir dengan enam-beg udara, sementara Premium dengan tujuh-beg udara.

Dari segi penampilan, BYD Atto 3 2026 terbaru ini diberikan rekaan bampar depan dan belakang yang baru, begitu juga dengan rekaan lampu belakang dan juga spoiler belakang yang membawakan imej lebih segar kepada model ini.

Selebihnya, model ini tampil dengan kelengkapan dan ciri yang sama seperti model sebelumnya. Ukuran dimensi terdiri daripada 4,455 mm panjang, 1,615 mm tinggi, 1,875 mm lebar dengan jarak roda 2,720 mm. Rim pula bersaiz 18-inci, dengan profil tayar 235/50 R18. Di dalam, antara kelengkapan yang ada ialah skrin tengah dengan saiz 15.6-inci, dan panel instrumen 8.8-inci. Pengecas tanpa wayar 50W juga tersedia untuk mengecas peranti pintar. Tidak ketinggalan, bumbung panoramik untuk kedua-dua varian.

BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k
BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k

Untuk kerusi pemandu dan penumpang depan, kedua-duanya dilengkapi liang udara, dengan Ultra menerima kerusi pemandu dengan larasan enam-arah, sementara empat-arah untuk penumpang. Premium pula menerima kerusi pemandu larasan enam-arah dengan larasan lumbar empat-arah, sementara untuk penumpangnya dengan larasan enam-arah.

BYD Atto 3 2026 datang dengan tiga pilihan warna badan — Ski White, Atlantis Grey, Harbour Grey dan Cosmos Black. Sempena pengenalan rasmi ini, Atto 3 2026 ditawarkan dengan rebat RM10,000 untuk 500 pembeli terawal, serta pilihan antara pakej pemasangan pengecas dinding standard atau pakej servis standard enam-tahun.

Model ini juga diberikan jaminan enam-tahun/150,000 km, jaminan lapan-tahun/160,000 km untuk baterinya, dan jaminan lapan-tahun/160,000 km untuk sistem janan kuasa.

BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k
BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k
BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k
BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k
BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k

The post BYD Atto 3 facelift 2026 kini di Malaysia — FWD dan RWD Evo, hingga 313 PS, 510 km WLTP, dari RM126k appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts