Cadangan untuk menjadikan sebahagian besar kawasan di Johor Bahru (JB) sebagai zon pejalan kaki di sekitar stesen RTS Link telah dikemukakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang pembukaan stesen itu tahun depan, laporan The Star.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata, sekurang-kurangnya 180 darjah di sekitar stesen RTS Link Bukit Chagar perlu dikhaskan sepenuhnya untuk pejalan kaki.

“Ini kerana pusat bandar Johor Bahru sudah pun sesak, dan RTS Link dijangka mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah. Jika anda berharap mereka menggunakan e-hailing tanpa adanya mod penyuraian trafik seperti Sistem Transit Rapid Automatik (ART) dan sistem bas yang baik dari RTS Link, ia akan menjadi sesak teruk sejak hari pertama,” kata Ong.

Beliau menambah, menjadikan kawasan dalam radius 500 meter dari stesen sebagai zon pejalan kaki boleh membantu menangani cabaran penyuraian penumpang, di samping mewujudkan peluang pembangunan komersil serta ruang awam.

“Ini akan membuka peluang untuk pembangunan ruang awam di mana orang ramai boleh mengadakan acara dan menjadikan pusat bandar Johor Bahru sebagai tempat yang hidup, bukan sekadar tempat orang datang dan kemudian beredar ke lokasi lain,” katanya.

The post Beberapa kawasan di JB dicadangkan jadi zon pejalan kaki di sekitar stesen RTS Link bagi kurangkan sesak appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts