Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan lanjutan penawaran diskaun sebanyak 30% bagi pembelian tiket ETS untuk semua sektor serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral sehingga 14 Oktober 2026.
Bagi pengguna yang hendak mendapatkan diskaun istimewa ini, perlulah menggunakan kod promo ‘MADANI30’ dan tempahan tiket adalah untuk tempoh perjalanan sehingga 31 Julai 2026 bagi perkhidmatan ERT dan hingga 14 Oktober untuk ETS.
Walau bagaimana pun, KTMB berkata, promosi ini sah untuk perjalanan Isnin hingga Khamis, namun tidak terpakai semasa musim cuti sekolah dan cuti umum. Selain itu, diskaun ini juga tidak terpakai bagi tiket Kelas Perniagaan tren ETS, Kelas 1 dan Kelas Tempat Tidur bagi perkhidmatan ERT dan pemegang tiket konsesi.
Sehubungan itu, orang ramai disaran untuk merancang perjalanan lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk dan memanfaatkan penjimatan yang ditawarkan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktmb.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi KTMB.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan tawaran diskaun tersebut dibuka antara 15 hingga 30 April, untuk tempoh perjalanan antara 15 April hingga 14 Oktober 2026.
The post KTMB lanjut tawaran diskaun 30% untuk perkhidmatan tren ETS dan ERT sehingga 14 Oktober 2026 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















