Berita baik untuk penghantar makanan p-hailing. Kerajaan akan membincangkan kenaikan kuota Budi95 untuk para penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Selasa ini.

Perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu acara di Johor semalam. Perdana Menteri berkata beliau sendiri akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat MTEN. Cadangan itu tercetus daripada inisiatif beliau sendiri selepas turun padang dan mendengar keluhan penghantar makanan mengenai kuota semasa yang tidak mencukupi.

“Mesyuarat (MTEN) pada hari Selasa, saya akan bawa (perkara ini) dan bincangkan. Sebab mereka (p-hailing) dapat 200 liter, sama seperti kita, RON95 hanya 200 liter. Jadi saya kata, kita ingatkan saudara Fahmi Fadzil, kita cari jalan sekurang-kurangnya tambah lagi 50 liter supaya menjadi 250 liter,” kata PMX seperti dilaporkan oleh Bernama.

Kuota subsidi bahan api Budi95 – yang asalnya 300 liter sebulan – telah diselaraskan sementara kepada 200 liter pada 26 Mac susulan peningkatan mendadak harga pasaran global akibat krisis Timur Tengah.

The post Kerajaan akan bincang mengenai kenaikan kuota Budi95 kepada 250L untuk p-hailing – Anwar Ibrahim appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts