JPJ eBid: APF dan SJP bakal dibuka untuk bidaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran terkini dari Perak dan Sabah bakal dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Antara pilihan yang ada ialah siri nombor pendaftaran terkini dari Perak, APF, yang boleh dibida mulai 15 Okt ini. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 19 Okt. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 20 Okt 2025. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sabah, SJP, bakal dibuka bidaan mulai 19 Oktober. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 23 Oktober, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 24 Oktober 2025.

Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

The post JPJ eBid: APF dan SJP bakal dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts