Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi tempoh 21 hingga 27 Mei 2026, harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, menjadi RM4.85 seliter.
Manakala RON95 tanpa subsidi pula ditetapkan pada harga RM4.07 seliter selepas menerima kenaikan sebanyak 15 sen. Walau bagaimana pun RON95 di bawah subsidi BUDi95 masih kekal pada paras RM1.99 seliter buat masa ini.
Untuk diesel pula, harga bagi Semenanjung Malaysia turut dinaikkan sebanyak 10 sen seliter, menjadi RM4.97 seliter. Manakala di Sabah dan Sarawak, harganya kekal pada RM2.15 seliter.
Kesemua harga baharu ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 27 Mei 2026. Ia merupakan pengumuman ke-22 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-385 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.
The post Harga minyak 21-27 Mei – RON97 naik 15 sen, RON95 naik 20 sen, diesel untuk Semenanjung naik 10 sen appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















