Nissan dilaporkan telahpun menandatngani perjanjian dengan Chery untuk memasang model-model kenderaan penumpang jenama automotif China berkenaan di kilang miliknya yang terletak di Sunderland, United Kingdom.

Menurut laporan Reuters, Nissan mensasarkan untuk memasang model-model Chery berkenaan menerusi Barisan Pemasangan Pertama di fasiliti yang berusia 40-tahun itu pada tahun fiskal 2027, manakala produksi produknya sendiri iaitu Leaf, Juke dan Qashqai akan dipindahkan ke Barisan Pemasangan Kedua.

Fasiliti Nissan di Sunderland tersebut merupakan kilang kereta paling besar di UK buat masa sekarang, dan masih milik Nissan sepenuhnya. Ia kini dioperasikan oleh sekitar 6,000 pekerja (tenaga-tenaga kerja ini dijangka akan dikekalkan), dengan kemampuan untuk menghasilkan 600,000 unit kenderaan setahun.

Nissan akan pasang kereta kumpulan Chery di UK

Walau bagaimanapun menurut laporan The Guardian, kapasiti kilang berkenaan tidak digunakan sepenuhnya di mana Nissan hanya memasang sejumlah 273,000 kenderaan di Sunderland tahun lalu. Ini membolehkan Nissan menerima tugas dari Chery bagi memulakan produksi besar-besaran kenderaan penumpang jenama China tersebut di UK buat pertama kali.

Sebelum ini Chery telah cuba untuk mewujudkan operasi pemasangannya di Eropah bagi menjimatkan kos duti import dan juga untuk menambahbaik rantaian bekalannya. Model-model kumpulan Chery termasuk Jaecoo (model J7 merupakan kereta paling laris di UK bagi bulan Mac 2026), Jetour dan Omoda kini mewakili 2% dari keseluruhan kereta baharu yang dijual di Eropah dari Januari hingga Aprii tahun ini.

The post Nissan akan pasang kereta kumpulan Chery di UK appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts