JPJ eBid: JYY dan VRF sedang dibuka bidaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran terkini dari Johor dan WP Kuala Lumpur yang sedang dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri nombor pendaftaran terkini dari Johor, JYY telah dibuka bidaan sejak 1 Jun lalu. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam esok, 5 Jun. Kebiasaanya keputusan akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 6 Jun 2026. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini dari WP Kuala Lumpur, VRF, juga sedang dibuka bidaan sejak 3 Jun lalu. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 7 Jun, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 8 Jun 2026.

Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

The post JPJ eBid: JYY dan VRF sedang dibuka bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts