Kementerian Kewangan (MoF) menetapkan bahawa bagi minggu bertarikh 14 hingga 20 Mei 2026, harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter, menjadi RM4.70 seliter.
Untuk RON95 tanpa subsidi pula menjadi RM3.87 seliter dengan penurunan harga sebanyak 15 sen seliter. Manakala RON95 di bawah subsidi BUDi95 masih kekal pada paras RM1.99 seliter buat masa ini.
Untuk diesel pula, harga bagi Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak 30 sen seliter, menjadi RM4.87 seliter. Manakala di Sabah dan Sarawak, harganya kekal pada RM2.15 seliter.
Kesemua harga baru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 20 Mei 2026. Ia merupakan pengumuman ke-21 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-384 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.
The post Harga minyak 14-20 Mei – RON97 turun 20 sen, RON95 turun 15 sen, diesel semenanjung turun 30 sen appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















