Pernah tiba dalam versi 300 dan 150, SYM Husky kini ditawarkan dalam versi 200, yang baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM10,998 tidak termasuk insurans. Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu hijau, putih dan ungu.

Menggerakkan skuter ini adalah enjin satu silinder OHC 175 cc dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair, mampu menghasilkan kuasa 16 hp pada 8,000 rpm dan tork 15.6 Nm pada 7,000 rpm, disampaikan kepada roda belakang melalui transmisi jenis CVT.

Kedua-dua rim skuter ini menggunakan saiz 13 inci, dibalut oleh tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, dan kemudiannya masing-masing dipegang oleh fork teleskopik dan monoshock. Brek adalah jenis cakera di hadapan dan belakang, lengkap bersama sistem ABS dual-channel secara standard.

SYM Husky 200 masuk pasaran Malaysia – RM10,998

Bahagian keselamatan ditambah baik lagi dengan sistem kawalan cengkaman, sementara kemudahan lain yang disediakan adalah termasuk kunci pintar, ruang barangan bawah tempat duduk dan bawah pemegang, soket pengecas USB serta tangki bahan api berkapasiti 15 liter.

Membawa gaya sebuah skuter adventure, Husky 200 turut dilengkapi semua lampu jenis LED serta meter TFT untuk memaparkan maklumat penting kenderaan. Penghadang angin hadapan tidak boleh dilaras.

The post SYM Husky 200 masuk pasaran Malaysia – RM10,998 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts