Siri nombor pendaftaran istimewa (NPI) P_P sempena dengan sambutan ulangtahun JPJ ke-80 telah berjaya menjana jumlah keseluruhan mencecah RM21.68 juta, laporan New Straits Times.

Di mana nombor pendaftaran “P1P” mencatatkan bidaan sebanyak RM1.1 juta, diikuti dengan bidaan “P9P” mencecah RM1,000,777, “P8P” (RM613,000), “P6P” (RM600,777) dan “P2P” (RM512,000), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Katanya lagi, mengikut pecahan keseluruhan jumlah kutipan, RM19.19 juta adalah hasil bidaan, manakala RM2.48 juta pula daripada yuran perkhidmatan. Sebanyak 19,370 pembida telah mengambil bahagian dalam proses ini, dengan 5,973 nombor berjaya diperoleh, manakala baki 4,026 nombor ditawarkan kepada orang ramai selepas penutupan bidaan.

“Tiada nombor yang ditempah atau disekat, dan siri nombor pendaftaran ini merupakan satu cara untuk meningkatkan hasil kerajaan, dengan hasil tersebut disalurkan kepada program berteraskan rakyat,” kata Menteri Pengangkutan itu lagi.

Tambahnya, nombor paling popular dalam siri ini ialah “P1177P” dengan 26 pembida, diikuti “P313P” dan “P22P” dengan masing-masing 24 pembida, serta “P411P” dan “P888P” dengan masing-masing 22 pembida.

The post Siri nombor pendaftaran P_P jana RM21.68j; “P1P” catat bidaan tertinggi RM1.1j, “P1177P” paling popular appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts