Untuk tempoh antara 5 hingga 11 Mac 2026, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 10 sen seliter menjadi RM3.25 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia dinaikkan sebanyak lapan sen seliter menjadi RM2.67 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Untuk harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia turut dinaikkan lapan sen seliter menjadi RM3.12 seliter. Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia masih berharga RM2.15 seliter.
Pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia walaupun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara, bagaimanapun kerajaan bertekad untuk mempertahankan harga petrol RON95 bagi program Budi Madani RON95 (Budi95).
The post Harga minyak 5-11 Mac – RON97 naik 10 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung naik 8 sen appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















