Proton hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model kemaskini sedan segmen-C S70 2026 akan dibuka bermula esok, serentak dengan pendedahan model berkenaan di bilik-bilik pameran 3S/4S Proton di seluruh negara. Harganya belum lagi diumumkan, namun untuk mereka yang berminat tempahan boleh dibuat dengan bayaran RM500.

Tak sampai tiga tahun lagi dalam pasaran, model kemaskini 2026 ini menampilkan beberapa perubahan kecil dibuat pada sebelah luar dan dalam, dan yang paling penting ia kini dijana oleh enjin empat silinder baharu dalam keluarga i-GT yang kini telah digunakan pada Proton X50 facelift, Proton Saga MC3 dan juga Proton X70 MC3.

Untuk S70 MC 2026 ini ia menerima enjin i-GT dari versi turbo seperti X50 dan X70 iaitu enjin BHE15-EFZ yang menghasilkan kuasa 181PS dan tork maksima 290Nm, bagi menggantikan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo terdahulu yang hanya dibekalkan dengan kuasa 150 PS/226 Nm.

Dengan kuasa 31 PS/64 Nm lebih besar, S70 2026 ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. Kuasa masih disampaikan ke roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT, tetapi ia telah ditala semula bagi memnberikan tukaran gear yang lebih lancar. Menurut Proton, gandingan ini membolehkan S70 2026 mencapai penggunaan bahan api pada kadar 5.7 liter setiap 100 km perjalanan.

Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini

Bukan sahaja lebih berkuasa dan jimat bahan api, enjin baharu ini juga menggunakan mekanisma timing chain untuk menggerakkan aci sesondol, berbanding timing belt pada enjin terdahulu, memberikan kelebihan dari segi penyelenggaraan yang lebih ringkas serta kurang kos.

Walau bagaimanapun Proton tidak menyebut sebarang penawaran enjin 1.5 liter empat silinder dalam versi tanpa turbo seperti khabar angin yang bertiup sebelum ini. Mungkin versi berkenaan akan ditawarkan selepas produksi Proton Persona dihentikan, dan versi NA ini akan menawarkan pilihan S70 dengan harga lebih mampu milik.

Pada bahagian luaran, S70 2026 ini menampilkan lampu hadapan baharu yang sama seperti Geely Emgrand facelift 2024. Sekali tengok lampu berkenaan nampak sama macam lampu model sedia ada, namun kalau anda perhati dengan teliti, terdapat satu bar krom yang terletak melintang pada bahagian lampu kecil dalam perumah lampu tersebut. Juga boleh dilihat lampu isyarat membelok telah dialihkan ke lampu utama, bukan lagi sekali dengan jalur ‘kening’ LED nyalaan siang.

Selain itu S70 2026 ini juga menerima set rim 17-inci rekaan baharu. Sekali lagi, ia nampak sama seperti rim yang diberikan pada model sedia ada, tetapi jika anda lihat dengan teliti, rim tersebut adalah berbeza terutamanya pada bahagian tengah.

Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini

Rim baharu ini juga tidak lagi dipadankan dengan tayar Goodyear Assurance Triplemax 2 kerana kilang Goodyear di Shah Alam sudah pun ditutup, dan ia digantikan dengan tayar GitiComfort F22, sama seperti X70 yang kini turut menggunakan tayar Giti selepas kilang tayar Continental di Alor Setar, Kedah ditutup akhir tahun lalu.

Selain itu S70 2026 ini juga menerima kit badan baharu yang diberikan serlahan jalur merah, dan spoiler bawah bampar hadapan kelihatan seperti berakhir pada gril bampar, diffuser belakang yang nampak lebih agresif (tetapi masih tidak menonjolkan tip ekzos berkembar sebenar seperti X50) dan juga spoiler pada penutup but belakang.

Pada model sedia ada, rim 17-inci dan juga kit badan dipadankan secara standard untuk model varian Flagship dan Flagship X. Manakala pecahan kelengkapan mengikut varian untuk S70 2026 ini masih belum disiarkan oleh Proton.

Tiada perubahan besar dilihat pada sebelah dalam kabin, di mana papan pemuka dan juga saiz skrin masih lagi sama. Cuma bagi model kemaskini ini, skrin infotainmen utama kini sudahpun diberikan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang boleh dihubungkan tanpa wayar.

Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini

Proton turut mengumumkan bahawa sistem bantuan termaju (ADAS) pada S70 2026 ini masih kekal dengan fungsi pemanduan autonomi Tahap 2, menampilkan sistem-sistem seperti brek kecemasan automatik (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan lain-lain

Seperti yang diberitahu tadi, tempahan untuk model ini akan mula dibuka esok dengan bayaran deposit sebanyak RM500. Harga jualan sebenar bagi model ini mungkin diumumkan ketika pelancarannya nanti yang telahpun disahkan akan berlangsung pada 11 Februari nanti.

Sebagai rujukan, Proton S70 sedia ditawarkan dalam empat varian bermula varian paling asas Executive berharga RM73,800, Premium berharga RM79,800, Flagship berharga RM89,800 dan Flagship X berharga RM94,800.

Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini

GALERI: Proton S70 2026 di Proton CS Prima Auto Pulau Pinang

Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini
Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini

The post Proton S70 2026 – tempahan dibuka, 1.5 Turbo 4-silinder i-GT, 0-100 km/j 7.5 saat, dilancar 11 Feb ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts