Bagi minggu bertarikh 15 hingga 21 Januari 2026, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak tiga sen seliter menjadi RM3.08 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia pula diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.52 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Begitu juga dengan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM2.84 seliter. Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 7 Januari lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata kerajaan tidak akan melaksanakan penyasaran bagi subsidi petrol RON95 berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini. Ini termasuklah mengurangkan kuota subsidi Budi95 untuk mengelakkan bebanan tambahan kepada isi rumah, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja.
The post Harga minyak 15-21 Jan – Semua turun; RON97 kini RM3.08, RON95 jadi RM2.52, diesel pada RM2.84 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















