Berdasarkan maklumat yang dikongsikan dalam Proton eMas 7 Community Malaysia Facebook, sepertinya kemaskini over-the-air (OTA) yang menyertakan Android Auto akhirnya telah ada untuk Proton eMas 7, dalam tempoh seperti yang dijanjikan sebelum ini. Gambar yang disertakan ini adalah dari pengguna ExcellentFox8322, yang memaklumkan OTA berkenaan akan dikeluarkan secara berkelompok.
Selain Android Auto, OTA tersebut (versi 1.2.0) juga menyertakan pelaras kecerahan skrin, kemampuan Bahasa Melayu yang lebih baik dan kemaskini sistem lainnya — menurut ExcellentFox8322, ia kini ada bunyi ketika anda menukar mod pemanduan, yang menjadi satu daripada kemaskini terbarunya.
Model EV pertama Proton itu menerima Apple CarPlay melalui OTA pada Ogos. OTA yang sama ini juga menyertakan beberapa pilihan lain (‘Galactic Note’ dan ‘Space Walk’) kepada bunyi amaran “lori ais krim” untuk pejalan kaki sebelum ini.
The post Proton eMas 7 kini terima Android Auto — kemaskini OTA ada larasan kecerahan skrin, BM di pertingkat appeared first on Paul Tan’s Automotive News.














