Hari ini TQ Wuling telah pun melancarkan model elektrik kompak TQ Wuling Bingo untuk pasaran tempatan. Pertama kali dipertontonkan pada Mei lalu, TQ Wuling merupakan kerjasama antara Tan Chong Motor Holdings Berhad dan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) dengan membawakan TQ Wuling Bingo sebagai model pertamanya ke pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, “TQ” atau “Truckquip” merupakan jenama Tan Chong sendiri yang sebelum ini digunakan pada model-model bas dan kenderaan perdagangan ringan di Vietnam. Jadi ini kali pertama jenama TQ berkenaan digunakan pada kenderaan penumpang biasa, dan jenama ini juga turut bermaksud “Trust & Quality”. Manakala “Wu” pula bermaksud “5” dan “Ling” pula adalah “berlian” dalam bahasa Mandarin.

Untuk pasaran Malaysia, TQ Wuling Bingo ditawarkan dengan dua varian iaitu Bingo Pro yang berharga dari RM67,800 dan model spesifikasi penuh Bingo Max pula bermula RM72,800, kedua-duanya harga atas jalan dan tanpa insurans. Walau bagaimana pun, sempena dengan pelancarannya, TQ Wuling menawarkan promosi Bingo’s Fabulous 5 Perks di mana pembeli terawal bakal menikmati ganjaran eksklusif antaranya rebat tunai bernilai RM5,000, menjadikan harganya dari RM62,800 untuk Bingo Pro dan Bingo Max pula bermula RM67,800.

Di sini, model elektrik tersebut merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) yang diproduksi di fasiliti pemasangan Tan Chong Motor Assemblies Segambut, malah Tan Chong Motor juga merancang untuk mengeksportnya ke pasaran luar.

Kedua-dua varian diberikan motor elektrik 50 kW dengan output 68 PS dan tork 150 Nm, memberikan kelajuan maksimum cecah 100 km/j. Walau bagaimana pun, varian asas Pro menerima bateri Lithium Ferro-Phosphate (LFP) berkapasiti 31.9 kWh, yang mampu memberi jarak gerak sejauh 273 km mengikut standard WLTP (atau333 km ikut CLTC). Sementara varian paling tinggi, Max, diberikan bateri LFP berkapasiti 37.9 kWj bagi memberikan jarak gerak 336 km juga ikut WLTP (410 km CLTC).

TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k

Untuk pengecasan, kedua-dua varian boleh dicas menggunakan pengecas AC sehingga 3.3 kW, dengan bateri yang lebih kecil memerlukan masa 5.5 jam untuk penuh, manakala bateri yang besar mengambil 9.5 jam. Walau bagaimanapun, bateri yang lebih besar itu boleh dicas dengan pengecasan pantas DC, dan status pengecasan boleh naik dari kadar 20% ke 80% dalam masa 35 minit sahaja.

Menurut TQ Manufacturing, Bingo EV ini dilengkapi dengan bateri “Magic Proprietary” dari SGMW yang menawarkan tahap keselamatan tertinggi tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan dan mempunyai sijil IP67 yang disahkan memberikan perlindungan tinggi terhadap habuk dan air. Dan turut mendakwa bateri Magic ini antara sistem bateri EV yang paling dipercayai dalam segmennya.

Bingo EV ini berukuran 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar, 1,580 mm tinggi dan jarak roda cecah 2,560 mm. Sekaligus mampu memberikan persaaingan sengit buat Proton eMas 5 dan juga Perodua QV-E.

Memperagakan imej retro-chic umpama diinspirasikan dari MINI klasik, bahagian hadapan Bingo EV ini diberikan lampu utama LED ‘X-Shaped’ dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk unik yang menjadi signitur Wuling. Ia juga ditampilkan dengan garisan badan yang ringkas tetapi kemas, rim aloi 15-inci yang dibaluti tayar profil 185/60 R15, cermin sisi boleh laras elektrik dengan signal belok LED, pemegang pintu warna badan dan lampu belakang LED dengan efek moden.

TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k
TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k
TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k

Bahagian kabinnya pula mempertaruhkan sentuhan retro moden dan minimalis dengan antara muka yang ringkas tetapi bersifat mesra pengguna serta diberikan kemasan panel dalaman material kulit sentuhan lembut dengan seramik berkilat bagi menyerlahkan elemen premium. Ia diberikan dwi skrin bersaiz 10.25 inci iaitu satu untuk instrumen dan satu lagi bagi sistem infotainmen yang diletak di tengah papan pemuka yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri kelengkapan lain untuk bahagian dalam termasuklah roda stereng pelbagai-fungsi dua-tona dengan butang kawalan, pemilih gear rotary pada konsol tengah, Brek Parkir Elektronic (EPB) dan Auto Hold, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, sistem penyaman udara automatik dengan butang fizikal, sokongan Bluetooth dan port USB.

Ia juga diberikan tempat duduk balutan kulit sintetik (leatherette) berwarna Caramel Latte dengan larasan elektrik enam-hala untuk bahagian pemandu, dan but berkapasiti 395 liter yang boleh dipertingkatkan menjadi 1,240 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan dengan nisbah 60:40.

Untuk aspek keselamatan, ia dilengkapi enam beg udara, ABS dengan EBD, Bantuan Brek (BA), Isofix untuk kerusi kanak-kanak, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Mula Mendaki, Amaran Mula Mendaki, Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), EntrySafe System, penderia parkir belakang dan kamera undur.

TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k
TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k
TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k

Bagi warna luarannya, TQ Wuling diberikan pilihan rona Neon Blue, Lavender Purple dan Milky White, di mana kesemuanya dipadankan dengan bumbung hitam.

Setiap pembelian mana-mana varian TQ Wuling Bingo ini turut disertakan dengan waranti kenderaan lima-tahun atau 150,000 km, waranti bateri EV lapan-tahun atau 120,000 km dan waranti motor pemacu lapan-tahun atau 160,000 km.

Walau bagaimana pun, menerusi promosi Bingo’s Fabulous 5 Perks, selain diberikan rebat sebanyak RM5,000 (seperti yang disebutkan di atas), pembeli terawal juga bakal menikmati kadar pembiayaan rendah dengan ansuran bulanan bermula RM625, pakej jaminan komprehensif (waranti bateri EV dan motor pemacu selama lapan-tahun serta waranti kenderaan untuk lima-tahun. Tertaluk pada terma & syarat), pengecas wallbox 7kW, pengecas EV mudah alih dan tinted premium percuma serta penyelesaian insurans komprehensif dengan faedah EV menerusi Tan Chong Insured.

Pembeli juga boleh membuat tempahan menerusi dalam talian menerusi tqwuling.my dengan yuran serendah RM50. Atau pun terus berkunjung ke mana-mana enam bilik pameran yang telah dibuka termasuk di Glenmarie, OUG, Melati Utama, Jalan Raja Laut, Butterworth dan Johor Jaya.

TQ Wuling Bingo EV dipertontonkan di Malaysia pada Mei 2025

The post TQ Wuling Bingo EV kini di Malaysia – varian Pro dan Max; CKD, hingga 336km WLTP; antara RM63k-RM68k appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts