PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa lencongan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan di laluan Kulai-Sedenak di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 8 hingga 11 Disember 2025 ini. Ia adalah bagi kelancaran kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan untuk projek pembinaan lorong lambahan dari Yong Peng (utara) ke Senai (utara).
Menurut PLUS, lencongan trafik di laluan berkenaan melibatkan kedua-dua arah utara dan selatan, serta dilaksanakan dari jam 10 malam hingga 5 pagi setiap hari sepanjang tempoh yang dinyatakan itu.
“Ketika kerja-kerja tersebut dijalankan, kenderaan akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja yang selamat di samping meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya. Justeru, pengguna lebuhraya disarankan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.
“Pengguna juga diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut,” kata PLUS.
Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.
The post Lencongan trafik dilaksana di laluan Kulai-Sedenak di Lebuhraya PLUS pada 8-11 Dis, 10 malam-5 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















