Bagi minggu bertarikh 14 hingga 20 Ogos 2025, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 4 sen seliter, menjadi RM3.13 seliter berbanding RM3.17 seliter pada minggu sebelum ini. Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling, masih dikekalkan pada RM2.05 seliter.
Bagi diesel yang dijual di Semenanjung Malaysia, ia turut diturunkan juga sebanyak 4 sen seliter, kini menjadi RM2.90 seliter, berbanding RM2.94 seliter pada minggu sebelumnya. Manakala harga diesel untuk Sabah dan Sarawak terus dikekalkan pada RM2.15 seliter.
Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga runcit bagi petrol RON 95 akan diturunkan ke RM1.99 seliter apabila penyasaran subsidi dilaksanakan kelak. Perincian penuh mengenai penyasaran subsidi bahan api itu bakal diumumkan menjelang akhir September 2025, katanya menerusi ucapan ‘Penghargaan Buat Rakyat Malaysia’.
Walau bagaimana pun, menurut beliau, pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar harga petrol RON95 mengikut harga pasaran tanpa subsidi iaitu RM2.50 seliter.
The post Harga minyak 14-20 Ogos – diesel untuk semenanjung dan RON97 diturunkan masing-masing 4 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.