Jenama WMoto terus rancak dalam pasaran Malaysia apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan Island 150 pada harga RM6,688 tidak termasuk insurans. Ia datang dalam pilihan tiga warna iaitu hitam, kelabu dan biru.
Menggerakkan skuter ini adalah enjin satu silinder 150 cc suntikan bahan api, penyejukan cecair, bersama transmisi automatik CVT, mampu menghasilkan kuasa 15.64 hp pada 8,500 rpm dan tork 14.2 Nm pada 6,500 rpm. Tangki minyak berkapasiti sembilan liter.
Meskipun ditawarkan pada harga mampu milik, Island 150 masih datang dengan kelengkapan berkualiti seperti brek cakera hadapan dan belakang dengan angkup dari Nissin, panel meter digital, sistem tanpa kunci serta lampu LED.
Rim menggunakan unit 14 inci di hadapan, dengan tayar 110/70 di hadapan 13 inci dengan tayar 130/70 di belakang, dan ia dipegang masing-masing oleh fork teleskopik dan dua penyerap hentak dengan tabung gas. Sistem ABS diberikan secara standard.
Kelengkapan lain yang terdapat pada Island 150 ini adalah termasuk soket pengecas USB, ruang simpanan barang bawah tempat duduk, platform kaki luas serta poket barangan bawah pemegang. Berat keseluruhannya adalah 137 kg.
The post WMoto Island 150 tiba di Malaysia – skuter 150 cc dengan brek daripada Nissin, meter digital, RM6.7k appeared first on Paul Tan’s Automotive News.






































