Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi telahpun memperkenalkan satu lagi model edisi terhad hot-hatch Golf GTI yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia – ini dia Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025.

Menurut VPCM, Golf GTI Sepang Edition ini merupakan kolaborasi pertamanya dengan pihak luar bagi penghasilan sebuah model edisi terhad, begitu juga dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di mana ini merupakan model kereta pertama dalam dunia yang dihasilkan sempena nama litar ikonik berkenaan.

Model ini ditawarkan hanya dalam dua pilihan warna badan iaitu Biru Atlantic dan Merah King. Bagi membezakan versi istimewa ini dengan model biasa, ia diberikan emblem Sepang Edition pada bahagian penutup but belakang, logo Sepang Edition dengan kemasan UV Gloss pada tiang-B, pelekat badan dengan grafik istimewa pada bahagian bawah pintu, serta perumah nombor plat istimewa Sepang Edition.

Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm

Rim aloi Richmond 18-inci masih digunakan pada GTI Sepang Editon ini, namun ia hadir dalam kemasan kelabu Gunmetal Matte serta diberikan penutup hab dinamik GTI yang sentiasa dalam keadaan asal walapun roda sedang berputar. Versi istimewa ini juga diberikan kemasan hitam berkilat pada bumbung, penutup cermin sisi dan juga kit badan termasuk spoiler hadapan, diffuser belakang dan skirt sisi.

Selain dari itu, Golf GTI Sepang Edition ini juga datang standard dengan karpet lantai GTI, penutup injap angin tayar GTI, filem penapis haba cermin asli Volkswagen, perakam Trafik Universal 2.0 (depan & belakang) dengan penderia penglihatan malam Sony Starvis serta pemegang kunci dengan sijil ketulenan bagi mengesahkan bahawa ini adalah model edisi terhad yang asli.

Tiada sebarang talaan prestasi lebih baik dibuat sama ada unit rangkaian kuasa mahupun pada bahagian casis model edisi terhad ini. Ia masih menggunakan enjin 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 245 PS dan tork maksima 370 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik (klac basah) tujuh kelajuan, bagi memacu sepenuhnya roda hadapan.

Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm
Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm
Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm

Kotak gear tersebut juga menerima sistem differential lock elektronik XDS yang berfungsi berasaskan sistem ESC bagi memberikan lebih cengkaman roda hadapan ketika mengambil selekoh. Manakala sistem Vehicle Dynamics Manager bersama Dynamic Chassis Control juga dibekalkan bagi membantu pengedalian.

“Menjadi jenama automotif pertama bekerjasama dengan SIC dalam memperkenalkan sebuah kenderaan, ia menjadi bukti penghormatan kami terhadap legasi perlumbaan di Malaysia dan komitmen kami untuk menghasilkan kereta yang penuh dengan karekter. Kolaborasi ini membolehkan kami mencipta sejarah bersama-sama dan kami sangat bangga dengan pencapaian ini,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Renate Noessler.

“Kerjasama di antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Volkswagen menandakan satu lembaran baharu yang cukup menarik dalam budaya sukan bermotor di Malaysia. Ia bukan sekadar satu pelancaran kereta, malah turut meraikan identiti, rasa bangga dan semangat yang dikongsi bersama yang mentakrifkan SIC.

Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm
Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm
Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm

“Selama lebih dua dekad, SIC telah nenjadi nadi kepada sukan permotoran negara, sebuah arena yang menyatukan semangat dan komuniti. Kami sangat berterima kasih kepada Volkswagen kerana membawa legasi SIC melangkaui litar ini. Golf GTI Sepang Edition menjadi simbol kebanggan sukan permotoran negara yang dekat di hati rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Volkswagen Golf GTI Sepang Edition ini djual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM262,990. Harga ini termasuk dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang memberikan perlindungan waranti tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun serta penyelenggaraan percuma selama 7 tahun.

Sebagai perbandingan versi biasa Golf GTI dijual pada harga hampir RM9,000 lebih murah iaitu RM254,012 bersama pakej VAP yang menawarkan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan serta pakej servis selama lima tahun atau 75,000 km.

The post Volkswagen Golf GTI Sepang Edition 2025 dilancarkan di Malaysia – RM262,990 dengan VAP, 245 PS/370 Nm appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts