UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah mengumumkan bahawa ia telah menjual sebanyak 4,856 unit kenderaan sepanjang Februari 2026. Jumlah jualan ini dilihat sedikti meningkat berbanding 4,700 unit yang dicatatkan bulan lalu dan menjadikan jualan tahunan kumulatifnya untuk dua bulan pertama tahun ini berada pada 9,556 unit.

Menurut syarikat itu, prestasi jualan yang stabil ini dipacu oleh permintaan terhadap model-model penting Toyota, namun ia tidak menyertakan sekali pecahan jualan mengikut model.

Syarikat berkenaan juga dilihat agresif melancarkan model-model dengan unit rangkaian kuasa hibrid – dalam dua bulan pertama tahun ini sahaja ia telah melancarkan Vios Hybrid, Corolla Cross HEV GR Sport yang dikemaskini, Harrier HEV dan juga Vellfire HEV.

“Pendekatan pelbagai haluan kami memastikan pelanggan tidak terhad kepada satu solusi sahaja. Dengan memperluaskan pilihan hibrid merentasi segmen sedan dan SUV sambil terus mengukuhkan rangkaian seluruh negara kami, kami menyediakan pilihan elektrik yang praktikal dan disokong oleh ekosistem pemilikan yang boleh diharap,” kata Datuk Ravindran Kurusamy, presiden UMWT.

The post UMW Toyota Motor jual 4,856 unit kenderaan pada Feb 2026 – prestasi didorong permintaan model penting appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts