PLUS Malaysia Behrad (PLUS) telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS akan melaksanakan ujian kalibrasi bagi pemasangan Kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di KM265.3 (arah selatan) di jajaran Nilai–Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan.

Di mana ujian berkenaan dijadualkan berlangsung pada hari ini (25 Nov) dari jam 11 malam hingga 3 pagi keesokannya di lokasi berkenaan.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook rasminya.

Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM265.3 Nilai-Seremban arah selatan pada 25 Nov, 11 malam-3 pagi

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kamera AWAS akan ditambah baik dengan melaksanakan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik yang dilaksanakan sebelum ini.

“Apa yang kita nak menjurus kepada pendekatan baharu ialah kita sudah ada teknologi baharu, kita akan lihat antara dua titik checkpoints. Kita tidak mahu pemandu memperlahankan kenderaan hanya di depan kamera itu, tetapi (perlahan) dalam satu jarak yang tertentu.

“Katakan antara titik A dengan titik B, kita ingin tahu pemandu menggunakan masa berapa lama. Kalau dia menggunakan kurang daripada masa yang sepatutnya, maksudnya dia pecut dan akan dikenakan tindakan (saman),” katanya.

The post Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM265.3 Nilai-Seremban arah selatan pada 25 Nov, 11 malam-3 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts