Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan MPV Toyota Vellfire yang yang dirakam menyalakan siren serta beacon atau lampu pandu arah di sebuah lebuhraya, baru-baru ini, mempunyai kebenaran untuk penggunaan isyarat amaran berkenaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mohd Zamzuri berkata, pihaknya sudah mengenal pasti MPV berkenaan dan pemiliknya. Hasil semakan mendapati kenderaan berkenaan juga sudah mendapat kebenaran daripada JPJ untuk penggunaan isyarat amaran berkenaan. Walau bagaimana pun, beliau tidak mendedahkan secara spesifik berkenaan MPV berkenaan milik kementerian ‘rahsia’ itu.

“Kenderaan berkenaan adalah kenderaan yang digunakan atas tugas rasmi sebuah Kementerian. Penggunaan ‘beacon’ dan siren juga sudah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, pihaknya juga akan memanggil kenderaan terbabit dalam masa terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial rakaman video yang memaparkan sebuah Vellfire yang menyalakan siren dan lampu pandu arah ketika melalui jalan yang sesak. Susulan video yang tular berkenaan, JSPT KL giat mengesan pemandu MPV terbabit dan nombor pendaftaran kenderaan itu pula tidak dapat dipastikan.

The post Toyota Vellfire guna siren dan beacon rupa-rupanya kenderaan kementerian, dapat kelulusan JPJ – JSPT appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts