Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.

‘Sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.

RTS Link dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027. Ia adalah perkhidmatan rel rentas sempadan sepanjang empat kilometer, yang mampu memuatkan kapasiti 10,000 penumpang sejam untuk setiap hala pada waktu puncak, dengan masa perjalanan sekitar lima minit antara dua stesen, satu di Bukit Chagar di Johor dan satu lagi di Woodlands di Singapura. Ia juga disasarkan dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor serta mempercepat perjalanan harian rakyat antara dua negara.

The post TMJ bimbang masalah kesesakan lalu lintas di JB kian parah apabila RTS Link mula beroperasi kelak appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts