Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung atau mana-mana destinasi pilihan dengan menaiki perkhidmatan tren KTM ETS dan Intercity antara tempoh 1 Januari hingga 30 April, anda sudah boleh membeli tiketnya mulai hari ini, 17 November 2025.

KTM Berhad juga memaklumkan bahawa ada jadual waktu baharu untuk ETS dan Intercity mulai 1 Januari 2026. Jadi, anda boleh menyemak jadual waktu tersebut menerusi laman web rasmi KTMB dan merancang perjalanan anda. Seperti biasa, tiket perkhidmatan tren KTMB ini memang ‘laku keras’ untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) dan Hari Raya Aidilfitri, jadi anda perlu membelinya dengan cepat untuk elak kecewa kerana kehabisan tiket.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, perkhidmatan ETS 3 kini telah pun diperkenalkan untuk perjalanan ke selatan tanahair iaitu hingga ke stesen KTM Kluang. Jadi, untuk orang Kluang atau daerah berdekatan yang nak balik kampung sempena CNY dan Aidilfitri, bolehlah menggunakan tren ETS 3 ini. Tapi buat masa ini, tiket bagi perkhidmatan Ekspres Selatan bagi Januari 2026 masih belum dibuka.

The post Tiket KTM ETS, Intercity bagi Jan-April 2026 mula dibuka jualan – beli awal rai CNY, Aidilfitri di kampung appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts