Tidak seperti Persidengan ASEAN ke-46 yang diadakan pada Mei lalu, tiada penutupan jalan akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur ketika berlangsungnya Persidangan Menteri Luar ASEAN dan mesyuarat lainnya dari 8-11 Julai nanti.
Perkara ini dinyatakan oleh jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil seperti dilaporkan oleh New Straits Times. “Tidak akan ada jalan yang ditutup untuk acara berkenaan. Bagaimanapun, untuk Persidangan ASEAN ke-47 yang dijadualkan pada Oktober nanti, lebih banyak perincian akan dimaklumkan mendekati tarikh berkenaan,” ujarnya.
Ketika Persidangan ASEAN ke-46 lalu, sebanyak enam lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup atau dialihkan aliran trafiknya pada masa-masa tertentu, bermula 8 pagi hingga 8 malam, dari 23-28 Mei. Dengan Persidangan ASEAN ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur sekali lagi pada Oktober ini, kita boleh jangkakan langkah penutupan yang sama akan dijalankan nanti.
The post Tiada penutupan jalan di KL untuk Perjumpaan Menteri Luar ASEAN pada 8-11 Julai — Fahmi Fadzil appeared first on Paul Tan’s Automotive News.