Rapid KL telah mengumumkan bahawa operasi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan pada Sabtu ini, 10 Januari 2026, hingga jam 1 pagi (11 Januari).

Ia adalah sempena dengan ‘Konsert Mega Legacy 30 – Siti Nurhaliza’ yang akan diadakan pada tarikh berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 8.30 malam. Penganjuran konsert berkenaan adalah bagi meraikan 30 tahun perjalanan seni Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri muzik. Konsert ini dijangka menghimpunkan puluhan ribu peminat, dengan menyajikan persembahan lagu-lagu popular sepanjang kariernya.

Pengendali rel tersebut juga memaklumkan bahawa stesen-stesen sambungan juga turut dilanjutkan waktu operasi (kecuali laluan Monorel) bagi membawa penumpang ke destinasi akhir. Walau bagaimana pun, para penumpang dinasihati untuk menggunakan kad Touch ‘n Go atau Rapid Kota (pas perjalanan tanpa had satu hari) bagi memudahkan perjalanan. Sila pastikan baki tambah nilai di dalam kad berkenaan mencukupi.

The post Stesen LRT Bukit Jalil lanjut waktu operasi sempena konsert Siti Nurhaliza – 10 Jan 2026, hingga 1 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts