Stesen Butterworth, yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), bakal dinaiktaraf dengan kos bernilai RM30 juta sebagai usaha untuk menjadikan Penang Sentral sebagai hab pengangkutan utama di Seberang Perai, laporan Bernama.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, projek ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) di bawah Rolling Plan Kelima (RP5). Tambahnya, Kementerian Pengangkutan telah menjalankan penilaian dan akan melantik kontraktor pada bulan hadapan sebelum memulakan kerja pembinaan tidak lama selepas itu.

Stesen itu akan mengintegrasikan perkhidmatan KTM, ETS dan Komuter dengan feri Pulau Pinang, serta LRT Laluan Mutiara yang akan datang dan kesemuanya dihimpunkan di Penang Sentral. “Ketiga-tiga mod pengangkutan ini akan diintegrasikan, menjadikan Penang Sentral sebagai hab pengangkutan awam di Seberang Perai.

“Inilah konsep terminal pengangkutan awam bersepadu yang menghubungkan pelbagai mod di satu tempat. Jadi, pembangunan bukan hanya tertumpu di pulau… terdapat pembangunan seimbang antara pulau dan Seberang Perai. Ini pasti akan menjadikannya kawasan tumpuan, dan kami yakin ia boleh menjadi nadi pembangunan bagi kawasan sekitarnya,” kata Loke.

The post Stesen Butterworth dinaiktaraf – kos RM30j, Penang Sentral jadi hab pengangkutan di Seberang Perai appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts