Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memaklumkan bahawa terdapat gangguan teknikal pada sistem Mysikap JPJ buat masa ini. Sekaligus ia turut menjejaskan urusan menerusi kaunter JPJ, MySikap dan aplikasi MyJPJ.
Buat masa ini, tindakan penyelenggaran sedang dilaksanakan, ujar JPJ menerusi perkongsiannya di laman Facebook rasminya.
Justeru, para pengguna diminta untuk bersabar dan menangguhkan sebarang urusan dengan JPJ buat sementara waktu ini dan nantikan kemaskini menerusi laman media sosial JPJ untuk maklumat lanjut.
The post Sistem MySikap JPJ sedang alami gangguan teknikal – kaunter JPJ dan aplikasi MyJPJ turut terjejas appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















