Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan program Servis Ihsan Madani @Petronas AutoExpert (SIM@PAX) yang menawarkan diskaun servis kenderaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menerusi program ini, pengguna boleh menikmati diskaun antara 10% hingga 30% bagi penyelenggaraan kenderaan dari 10 hingga 31 Mac 2026 di 124 bengkel dan pusat servis automotif di seluruh negara, termasuk bengkel persendirian serta rangkaian terpilih yang bekerjasama dengan kerajaan, laporan Malay Mail.
Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali berkata program SIM ini dilaksanakan melalui gabungan subsidi kerajaan dan sumbangan daripada industri automotif. Mereka yang berminat boleh membuat tempahan melalui aplikasi Setel atau platform lain yang mengambil bahagian.
“Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat Malaysia ingin memandu kenderaan untuk perjalanan jauh sempena Hari Raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mengurangkan kos penyelenggaraan, selain memberi jaminan keselamatan sepanjang musim perayaan,” kata Armizan.
The post Servis Ihsan Madani @Petronas AutoExpert dilancar oleh KPDN – diskaun hingga 30%, 10-31 Mac appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















