AFA PRIME Berhad (sebelum ini dikenali sebagai ANIH Berhad), pemegang konsesi bagi Lebuhraya KL-Karak (KLK), telah mengumumkan bahawa semua lorong arah Kuantan di KM25.75 hingga KM 26.39 di lebuhraya berkenaan ditutup sepenuhnya hingga 31 Ogos 2025. Ia adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek ECRL.
Walau bagaimana pun, bagi kelancaran trafik, lencongan jalan diaktifkan sepanjang tempoh kerja berkenaan dilaksanakan.
“Mohon semua pengguna jalan raya patuhi arahan papan tanda dan ikut laluan yang ditetapkan. Pandu perlahan, tingkatkan fokus, dan sentiasa berhati-hati melalui kawasan kerja. Keselamatan anda adalah keutamaan kami,” kata syarikat berkenaan.
The post Semua lorong arah Kuantan di KM25.75–KM26.39 di Lebuhraya KL-Karak ditutup hingga 31 Ogos appeared first on Paul Tan’s Automotive News.