Hujan lebat yang melanda utara Perak telah menyebabkan beberapa daerah termasuk Taiping kini sedang dilanda banjir kilat sejak malam tadi.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) selaku pengendali Lebuhraya Utara-Selatan turut memaklumkan bahawa kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) Taiping arah selatan juga kini ditutup akibat dilanda banjir dengan kemaskini diumumkan pada jam 10.25 pagi tadi. Manakala surau di R&R Taiping arah utara juga ditutup kerana masalah yang sama.
Malahan turut dimaklumkan bahawa terdapat laluan di lebuhraya berkenaan di daerah yang terlibat turut terjejas, iaitu laluan kecemasan di di KM 214.3 – KM 215.0 arah Selatan dari Taiping ke Changkat Jering yang masih ditutup, namun lorong kiri kembali dibuka.
Untuk pengguna lebuhraya PLUS, anda diminta memandu lebih berhati-hati dan ikut arahan papan tanda yang disediakan pihak konsesi sekiranya laluan anda terjejas dengan bencana alam ini. Rancang perjalanan sewajarnya dan guna laluan alternatif sekiranya perlu.
The post R&R Taiping selatan di Lebuhraya PLUS ditutup kerana banjir, laluan di Changkat Jering juga terjejas appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















