Puspakom mula mengimplementasikan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan baharu yang lebih stabil, tepat dan mesra pelanggan, menurut syarikat itu. Sistem baharu yang dinamakan GiCheck ini merangkumi integrasi automatik dengan portal mySIKAP JPJ, selain proses bayaran balik yang lebih tersusun dan telus.

Dalam masa yang sama, Puspakom turut mengumumkan bahawa caj pemprosesan tempahan pemeriksaan kenderaan telah diselaraskan daripada RM3.50 kepada RM5.00, berkuat kuasa semalam (4 Januari).

Syarikat itu menjelaskan bahawa caj pemprosesan tersebut tidak pernah disemak sejak pengenalan tempahan pemeriksaan dalam talian pada tahun 2017, dan pelarasan ini bertujuan untuk menyokong sistem tempahan yang lebih stabil, telus dan berfokuskan pelanggan, selaras dengan keperluan industri automotif semasa serta jangkaan pengguna.

Sistem baharu ini akan menampilkan penjenamaan, antara muka dan fungsi yang dikemas kini bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan tempahan, menurut Puspakom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

The post Puspakom implementasi sistem tempahan ‘GiCheck’ baharu, caj pemprosesan naik ke RM5 dari RM3.50 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts