Bagi anda yang bercadang untuk membeli Proton Saga MC3 2026 baru, terdapat satu pilihan tambahan yang mungkin menarik untuk dipertimbangkan. Proton kini menawarkan lanjutan waranti khas melibatkan komponen terpilih enjin dan transmisi.
Melalui bayaran tambahan sebanyak RM1,200, pembeli akan menikmati perlindungan lebih lama, menjadikan jumlah keseluruhan waranti meningkat daripada lima tahun atau 150,000 kilometer kepada tujuh tahun atau 200,000 kilometer (untuk bahagia tertentu). Lanjutan ini khusus meliputi komponen tertentu dalam enjin dan transmisi, sekaligus memberikan ketenangan minda kepada pemilik dalam tempoh penggunaan jangka panjang.
Walaubagaimanapun, Proton menegaskan bahawa tawaran ini hanya sah untuk pembelian kenderaan baru sahaja. Ini bermakna pemilik Proton Saga MC3 sedia ada tidak layak untuk mendapatkan pakej lanjutan waranti tersebut.
Dalam masa yang sama, pemilik yang memilih untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini perlu memastikan kenderaan mereka diselenggara di pusat servis rasmi Proton sepanjang tempoh lanjutan berkenaan bagi memastikan waranti kekal sah.
The post Proton Saga MC3 – RM1,200 untuk lanjutan waranti bahagian enjin, transmisi tertentu dua tahun/50,000 km appeared first on Paul Tan’s Automotive News.
















