Merujuk kepada satu hantaran di laman Facebook Proton Saga MC3 2025, Proton Saga MC3 model tahun 2025 telah dipanggil semula untuk dua hal teknikal.

Hantaran berkenaan yang memuatkan imej seperti paparan terminal komputer di pusat servis menunjukkan dua baru perkara yang dimaksudkan. Yang pertama memaparkan “software updates for electronic stability control”, dan yang kedua memaparkan “memo [for] all new Saga replacement of power window”.

Yang pertama agak jelas melibatkan kemaskini perisian sistem kawalan kestabilan model berkenaan, sementara yang kedua akan melibatkan penggantian komponen tingkap kuasa, tanpa dinyatakan apakah perinciannya. Ambil maklum, ini hanyalah untuk model tahun 2025, dan unit yang dikeluarkan bermula awal tahun ini tidak terkesan.

Proton Saga MC3 MY2025 dipanggil semula — kemaskini tingkap kuasa, perisian kawalan kestabilan

Dilancarkan pada November 2025, Proton Saga MC3 diperkenalkan dalam tiga varian — Proton Saga 1.5 Standard A/T (RM38,990), Proton Saga 1.5 Executive A/T (RM44,990), Proton Saga 1.5 Premium CVT (RM49,990). Semua varian ini menggunakan enjin BHE15PFI 1.5 liter empat-silinder NA — dengan Premium digandingkan dengan CVT, manakala dua varian yang lebih rendah dengan kotak gear automatik empat-kelajuan.

Dibangun menggunakan platform Advanced Modular Architecture (AMA), Saga MC3 ini turut dikenali dengan kod nama AMA01, yang memberi petunjuk bahawa sedan ini merupakan model pertama daripada siri tersebut yang akan diperkenalkan kelak — hal yang sudah disahkan oleh Proton, dengan versi SUV dan MPV bakal menyusul.

Ini boleh dilakukan kerana platform AMA tersebut membolehkan jarak roda dan lebar sentuhan jalannya dilanjutkan sehingga 290 mm, sekali gus memungkunkan model MPV dan SUV untuk dihasilkan daripada platform sama dengan berbeza saiz.

The post Proton Saga MC3 MY2025 dipanggil semula — kemaskini tingkap kuasa, perisian kawalan kestabilan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts