Menerusi teaser yang Proton siarkan dua hari lalu, model kemaskini Proton S70 MC 2026 sepatutnya didedahkan esok, 7 Februari 2026 di semua bilik-bilik pameran Proton seluruh Malaysia. Namun di laman sosial, sudah ada pengedar Proton yang memuatnaik beberapa gambar teaser tambahan untuk S70 2026 tersebut.

Ini set gambar yang kami petik dari satu pengedar Proton di Pulau Pinang yang memaparkan beberapa perincian baharu pada bahagian luaran S70 MC 2026. Pertama, jika anda lihat pada bahagian muka, model kemaskini ini diberikan lampu hadapan baharu yang sama seperti Geely Emgrand facelift yang muncul pada 2024.

Sekali tengok lampu berkenaan nampak sama macam lampu model sedia ada. Namun kalau anda perhati dengan teliti, terdapat satu bar krom yang terletak melintang pada bahagian lampu kecil dalam perumah lampu tersebut. Juga boleh dilihat seperti lampu isyarat membelok telah dialihkan ke lampu utama, bukan lagi sekali dengan jalur ‘kening’ LED nyalaan siang.

Proton S70 MC 2026 – enjin, lampu depan dan rim baru, kit badan ada spoiler dan jalur merah, tayar Giti
Proton S70 MC 2026 – enjin, lampu depan dan rim baru, kit badan ada spoiler dan jalur merah, tayar Giti
Proton S70 MC 2026 – enjin, lampu depan dan rim baru, kit badan ada spoiler dan jalur merah, tayar Giti

Kemudian kita juga boleh nampak bahawa kit badan S70 2026 berkenaan kini diberikan serlahan jalur merah, dan spoiler bawah bampar hadapan kelihatan seperti berakhir pada gril bampar.Beralih ke sisi, sekali lagi jika anda tengok set rim 17-inci yang diberikan pada S70 2026 ini nampak sama seperti set rim 17-inci pada model sekarang. Tapi jika anda lihat dengan teliti, rim tersebut adalah berbeza terutamanya pada bahagian tengah.

Juga ia tidak lagi dipadankan dengan tayar Goodyear kerana kilang Goodyear di Shah Alam sudah pun ditutup, dan ia digantikan dengan tayar yang dibekalkan oleh Giti, sama seperti X70 yang kini turut menggunakan tayar Giti selepas kilang tayar Continental di Alor Setar, Kedah ditutup akhir tahun lalu.

Manakala di bahagian belakang, boleh dilihat kit badan S70 2026 ini turut disertakan dengan spoiler pada but belakang. Pada model sedia ada, rim 17-inci dan juga kit badan dipadankan secara standard untuk model varian Flagship dan Flagship X.

Tidak ditunjukkan di sini adalah enjin baharu yang diterima oleh sedan ini seperti yang telah disahkan oleh Proton sebelum ini, iaitu enjin i-GT 1.5 liter empat-silinder turbo berkuasa 181 PS dan tork maksima 290 Nm seperti yang telahpun diberikan pada X50 facelift yang dilancarkan pada Julai 2025 dan juga X70 MC3 yang dilancarkan bulan lalu.

Enjin tersebut masih akan dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT. Selain dari menghasilkan kuasa yang lebih besar (berbanding 150 PS/226 Nm pada enjin 1.5 liter Turbo PFI tiga-silinder sedia ada), serta memberikan penggunaan bahan api lebih efisien, enjin baharu ini juga menggunakan sistem timing chain yang lebih mudah diselenggara berbanding timing belt.

Nak tengok gambar-gambar S70 MC 2026 yang lebih terperinci? Teruskan bersama kami kerana selepas ini kami akan ke bilik pameran Proton bagi mendapatkan galeri penuh model kemaskini ini.

The post Proton S70 MC 2026 – enjin, lampu depan dan rim baru, kit badan ada spoiler dan jalur merah, tayar Giti appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts