PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pelaksanaan projek rintis Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) bagi kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua di Lebuhraya Utara-Selatan.

“Inisiatif ini menandakan satu pencapaian penting dan langkah awal pertama ke arah pelaksanaan sistem Multi Lane Free Flow” (MLFF) di lebuh raya Malaysia. Menerusi inisiatif ini, pengguna berdaftar tidak lagi terikat kepada lorong khas tertentu, sebaliknya boleh memasuki dan keluar melalui mana-mana lorong tol di sembilan plaza tol iaitu Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

“Meliputi jarak 87.7 kilometer, fasa pertama ini dijangka melancarkan aliran trafik di plaza tol serta mengurangkan risiko pertukaran lorong saat akhir. Kamera ANPR yang dipasang di plaza tol akan mengesan nombor plat kenderaan bagi membolehkan caj tol diproses secara automatik melalui platform pembayaran mudah alih yang dipautkan kepada kaedah pembayaran pilihan pengguna,”kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Projek sistem ANPR pertama di M’sia dilaksana di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua Lebuhraya PLUS

Disokong oleh kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, sistem ini direka untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan termasuk cuaca, kelajuan, sudut pandangan sert nombor plat tidak standard, dan akan
terus meningkatkan tahap ketepatannya dari semasa ke semasa.

Untuk menggunakan sistem ini, pengguna hanya perl memuat turun aplikasi mudah alih JustGO Malaysia, mendaftarkan kenderaan, menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit, dan memandu seperti biasa, tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan serta tanpa kos pendahuluan kepada pengguna.

Aplikasi mudah alih ini dibangunkan sebagai platform pembayaran digital terbuka yang dirancang untuk dimiliki bersama oleh industri lebuh raya, sekali gus memperlas pilihan pembayaran tol selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menyediakan kaedah pembayaran yang lebih fleksibel kepada pengguna.

Projek sistem ANPR pertama di M’sia dilaksana di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua Lebuhraya PLUS

Menurut PLUS lagi, kaedah pembayaran tambahan seperti e-dompet dan perbankan dalam talian akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat. Selain urusan pembayaran tol, aplikasi JustGO Malaysia trut menyediakan kemudahan e-invois untuk memudahkan urusan pengguna. Sementara itu, kaedah pembayaran tol sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID mash boleh digunakan seperti biasa.

Sejak September 2024, PLUS telah menjalankan ujian sistem pembayaran ANPR secara menyeluruh. Hasil ujian menunjukkan pengesanan yang lebih pantas berbanding sistem tol sedia ada berikutan hasil liputan kamera yang lebih luas di plaza tol.

“Ujian ini dilaksanakan dengan kerjasama rapat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta konsesi lebuh raya lain. Sepanjang tempoh pelaksanaan projek rintis, palang tol akan kekal digunakan. Pengguna dinasihatkan untuk mengekalkan kelajuan antara 20 hingga 25 km/j ketika melalui plaza tol tanpa perlu berhenti.

PLUS menjemput pengguna lebuh raya di laluan Hutan Kampung hingga Sungai Dua untuk mencuba sistem ini dan menikmati kemudahan kebebasan lorong, e-invois serta pilihan pembayaran menggunakan kad debit dan kredit tanpa kos pendaftaran tambahan,” kata PLUS.

The post Projek sistem ANPR pertama di M’sia dilaksana di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua Lebuhraya PLUS appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts