PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan bahawa pakej 1 bagi projek penyuraian trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) dimulakan hari ini dan dikendalikan oleh NAZA Engineering & Construction Sdn Bhd selaku kontraktor utama.

Bagi pakej 1 ini, ia meliputi kerja-kerja menaiktaraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15 – KM135.4) dan pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn (KM133.5 – KM134.5), yang akan dilaksanakan selama dua tahun.

PLUS turut berkata, pakej 1 ini juga merupakan sebahagian daripada pakej-pakej Projek PTJSD yang bertujuan untuk menyuraikan trafik di kawasan terbabit dan akan dapat membantu pengguna-pengguna lebuhraya serta penduduk setempat untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, Projek PTJSD ini merupakan projek berimpak tinggi dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 200 ribu pengguna harian melalui pengurangan kesesakan di laluan terbabit.

“Pada peringkat permulaan ini, kerja-kerja awalan tidak akan mengganggu aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya terbabit mash kekal dibuka kepada pengguna. PLUS juga akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini projek ini menerusi saluran media sosial,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

The post Projek penyuraian trafik mula dilaksana antara Plaza Tol Juru-Sg Dua di Lebuhraya PLUS selama 2 tahun appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts