PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak di rangkaian lebuhrayanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut minggu hadapan. Ini merupakan peningkatan hampir 16% berbanding hari-hari biasa di lebuhraya kendaliannya.
Jangkaan hari puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 12 hingga 14 Februari bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang serta 20 hingga 22 Februari 2026 bagi perjalanan kembali semula ke ibu kota.
Sehubungan itu, PLUS akan mengaktifkan laluan Smartlane di 32 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik. PLUS juga ingin mengingatkan pengguna agar mematuhi arahan lalu lintas, memandu secara berhemah ketika menggunakan Smartlane serta tidak menggunakan lorong kecemasan di luar lokasi pengaktifan Smartlane.

Wilayah utara
- Persimpangan Bukit Tambun (U) – Plaza Tol Juru KM 150.4 – KM 146.4 (arah utara)
- Bertam – Sg. Dua KM 120.6 – KM 128.0 (arah selatan)
- Hentian Sebelah Sg. Bakap – Jawi KM 159.3 – KM 162.7 (arah selatan)
- Changkat Jering – Hentian Sebelah Taiping Utara KM303.2 – KM297.0 (arah utara)
- Ipoh Selatan – Simpang Pulai KM279.8 – KM286.7 (arah selatan)
- Gua Tempurung – Gopeng KM 303.2 – KM 297.0 (arah utara)
- Gopeng – Tapah KM308.0 – KM312.0 (arah selatan)
- Slim River – Sungkai KM 367.3 – KM 354.0 (arah utara)
- Sungkai – Slim River KM 354.0 – KM356.0 (arah selatan)
- R&R Rawang – Sg. Buaya KM 439.5 – KM 435.5 (arah utara)
- Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang KM 437.1 – KM 443.3 (arah selatan)
- Bukit Beruntung – Sg. Buaya KM 429.0 – KM 434.0 (arah selatan)
- Setia Alam – Shah Alam KM 4.3 – KM 8.1 (arah utara)
- Shah Alam – Setia Alam KM 8.4 – KM 7.0 (arah selatan)
- Susur Keluar Petron, NKVE – Subang KM 11.2 – KM 13.3 (arah utara)
- Nilai – R&R Seremban KM 280.0 – KM 276.0 (arah selatan)
- Putra Mahkota – Southville KM 289.4 – KM 292.6 (arah utara)
- Southville – Putra Mahkota KM 293.5 – KM 289.5 (arah selatan)
- Restoran Jejantas USJ – Seafield KM 8.1 hingga KM6.1 (arah utara)
- Bandar Saujana Putra – Putra Heights KM 16.3 – KM 13.2 (arah utara)
- Putra Heights – Bandar Saujana Putra KM 13.85 – KM 15.75 (arah selatan)
- Ebor (S) – Shah Alam KM4.6 – KM0.7 (arah utara)
- R&R Dengkil – Putrajaya KM22.9 – KM21.0 (arah utara)
- Lingkaran Putrajaya KM P3.0 – KM 4.0 (arah timur)
- Port Dickson – Seremban KM 259.6 – KM 263.1 (arah utara)
- Pedas Linggi – Senawang KM 244 – KM 248.5 (arah utara)
- Simpang Ampat – Pedas Linggi KM 230.0 hingga KM 235.0 (arah utara)
- Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg. Bemban KM 194.5 – KM 184 (arah selatan)
- Tangkak – Jasin KM 174 – KM 180.2 (arah utara)
- Senai – Kulai KM 19 – KM 27 (arah utara)
- Dato’ Onn – Pasir Gudang KM 4.5 – KM 1.9 (arah selatan)
- Pandan – Kempas KM 0.4 – KM 6.0 (arah utara)
Wilayah tengah
Wilayah selatan
Untuk itu, pengguna lebuhraya dinasihati agar mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smartlane diaktifkan. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain, di mana tiada laluan Smart Lane diaktifkan.
Untuk pengetahuan anda, Smartlane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang. Ketika Smartlane diaktifkan, lorong kecemasan sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuhraya. Pengguna lebuhraya boleh mengenal pasti laluan Smartlane melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda pemberitahuan yang dipasang untuk menunjukkan bahawa laluan Smartlane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi tertentu.
Pengguna lebuhraya disaran merancang perjalanan masing-masing termasuk boleh mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dengan memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi perjalanan di antara 11 hingga 22 Februari 2026. MyPLUS-TTA merupakan pendekatan digital PLUS untuk membantu orang ramai merancang dan memilih perjalanan yang paling sesuai untuk musim-musim perayaan.
Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihatkan semua pengguna lebuhraya supaya menyelenggara dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan perjalanan jauh, memastikan baki kad Touch ‘n Go dan e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan lebih berhati-hati ketika memandu semasa musim hujan.
The post PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari di lebuhrayanya sempena CNY 2026 – aktifkan Smartlane di 32 lokasi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















