Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi 300 ribu ringgit berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Perkara ini diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat sebentar tadi. Menurut beliau pengecualian cukai yang telah diberikan sekian lama tersebut telah menyebabkan golongan ‘mahakaya’ mengambil kesempatan untuk membeli kenderaan mewah dan disimpan di pulau-pulau bebas cukai berkenaan.
Jadi langkah terbaharu ini akan mengelakkan ketirisan cukai berkenaan, dan pengecualian cukai tersebut akan digunakan hanya bagi memudahkan penduduk-penduduk tempatan di Pulau Langkawi dan Pulau Labuan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan harian di sana.
The post Pengecualian cukai kereta mewah di Langkawi dihad kepada kereta bernilai RM300k bermula 1 Jan 2026 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.