Semacam tidak percaya, jenama automotif nasional iaitu Proton telah melancarkan model elektrik penuh (EV) pertamanya pada Disember tahun lalu. Ini kerana penulis masih ingat lagi tiga tahun sebelum itu iaitu pada 2021, Proton masih belum jelas dengan rancangan elektrifikasinya, malah ada laporan penyelidikan yang menyatakan bahawa Proton hanya akan melancarkan model EV pertamanya pada 2027 nanti.

Namun setelah ada hala tuju yang lebih jelas dari kerajaan yang mahukan kedua-dua pengeluar automotif nasional untuk hadir dengan model EV mampu milik menjelang akhir 2025, Proton mula mengorak langkah. Dengan pengenalan eMas 7, ‘tugas’ yang diberikan oleh kerajaan berkenaan baru hanya siap separuh kerana harga jualan model tersebut masih belum masuk dalam kategori “mampu milik”. ‘Tugas’ itu hanya disempurnakan dengan pelancaran eMas 5 pada penghujung Oktober tahun ini.

Proton eMas 5 ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM59,800 bagi varian asas Prime, dan RM72,800 untuk varian tertinggi Premium. Malah untuk pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025, Proton memberikan diskaun tambahan sebanyak RM3,000, menjadikan varian Prime dijual pada harga RM56,800 dan varian Premium pula pada harga RM69,800.

Ini secara tidak langsung menjadikan eMas 5 sebagai EV paling mampu milik di Malaysia buat masa sekarang, walaupun selepas jenama yang lebih sinonim dengan istilah mampu milik iaitu Perodua melancarkan EV pertamanya, QV-E yang dijual pada harga RM80,000 tidak termasuk bateri.

Secara jujur, penulis sendiri tidak terlalu teruja menanti kehadiran eMas 5 ini. Iya lah, ia adalah produk entry level, tengok spesifikasi atas kertas pun nampak ‘cikai’. Tapi jelas apa yang penulis fikirkan adalah meleset. Selepas diberi peluang memandu uji hatchback EV ini segala persepsi awal tersebut berubah! Kenapa? Mari ikuti pengalaman penulis memandu uji EV yang telah menerima tempahan lebih 10,000 unit tak sampai sebulan selepas dilancarkan ini.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Proton eMas 5 ini diasaskan dari platform Global Intelligent Electric Architecture (GEA), atau dijenamakan semula sebagai Global Modular Architecture (GMA) oleh Proton. Ia adalah platform yang sama digunakan oleh eMas 7, dan disebabkan ia modular, platform ini sangat fleksibel bukan sahaja dari segi saiz di mana jarak rodanya boleh dipanjangkan atau dipendekkan dan jarak trek rodanya boleh dilebarkan atau disempitkan bergantung jenis model yang akan dihasilkan. Malah unit rangkaian kuasanya juga boleh dipakejkan sama ada sebagai sebuah model pacuan roda hadapan (motor elektrik diletakkan di gandar hadapan), pacuan roda belakang (motor elektrik pada gandar belakang) atau pacuan semua roda (dua motor elektrik, masing-masing di gandar hadapan dan belakang).

Jenis pakej unit rangkaian kuasa ini akhirnya akan membentuk karekter model-model yang dihasilkan sama ada dari segi praktikaliti, pengendalian, penghantaran kuasa dan sebagainya. Bagi eMas 5, ia dihasilkan dengan diberikan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang, berbeza dengan eMas 7 yang diberikan motor elektrik tunggal pacuan hadapan.

Bagi penulis, ini merupakan pilihan yang paling tepat untuk eMas 5 kerana ia secara tidak langsung memberikan pelbagai kelebihan yang akan penulis cerita lebih lanjut selepas ini.

Mungkin ada yang nampak eMas 5 ini macam sebuah SUV, namun hakikatnya ia adalah sebuah hatchback. Ini adalah antara sifat ‘semula jadi’ sebuah EV – dengan bateri yang besar dan tebal pada lantai, ia perlu direka tinggi dan sukar untuk menjadikannya nampak seperti sebuah kereta sebenar, lagi-lagi untuk model-model kompak.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Namun dari segi saiz, eMas 5 sebenarnya adalah hatchback segmen-B asli dengan menampilkan dimensi yang hampir sama seperti model-model hatchback segmen-B dengan enjin pembakaran dalaman. Panjang keseluruhan EV ini adalah 4,135 mm atau 234 mm lebih pendek dari Honda City Hatchback, namun jarak roda eMas 5 ini adalah 50 mm lebih jauh berbanding saingannya yang digerakkan oleh enjin DOHC i-VTEC tersebut. Proton eMas 5 ini juga adalah 57 mm lebih lebar (1,805 mm) dan 92 mm lebih tinggi (1,580 mm) dari City Hatchback.

Seperti yang penulis sebut tadi, dimensi kereta ini terutamanya dari segi ketinggian menjadikan ia nampak seakan sebuah SUV berbanding sebuah hatchback – ya, cantik atau tidak ia terpulang pada mata individu, dan untuk penulis yang memang sukakan sebuah hatchback kompak, rekaan eMas 5 ini bukanlah termasuk dalam ‘selera’ penulis.

eMas 5 juga menerapkan rekaan luaran dan dalaman yang sama sepenuhnya seperti versi asal Geely Geome Xingyuan/Star Wish/EX2 – yang berbeza hanyalah logo dan lencana. Dan pada tiang-C hatchback ini terdapat kemasan perapi plastik dengan grafik ‘bintang-bintang’, kerana dalam bahasa Cina, Xingyuan adalah bermaksud ‘Bintang Harapan’.

Kalau anda perhatikan juga, rekaan Xingyuan ini sebenarnya diinspirasikan dari satu lagi model di bawah kumpulan Geely iaitu smart #1 terutamanya pada bahagian bumbung dan keseluruhan badan kereta ini yang kelihatan seperti batu kelikir sungai.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Unit yang diberikan kepada penulis adalah dari varian Premium. Dari sebelah luar, varian Premium ini boleh dibezakan dari varian asas Prime menerusi beberapa perincian termasuk rim aloi 16-inci (hanya rim besi untuk Prime), lampu hadapan projektor LED dan juga bumbung berwarna hitam.

Masuk ke kabin, eMas 5 juga menampilkan kelebihannya sebagai sebuah EV dengan platfrom skateboard iaitu lantai yang rata, memberikan praktikaliti khususnya dalam menyediakan ruang-ruang storan di bawah tempat duduk belakang, dan di bawah konsol tengah yang direka ‘terapung’.

Ruang-ruang di bawah tempat duduk belakang dengan kapasiti keseluruhan 28 liter tersebut bukan sahaja memudahkan anda untuk menyimpan barang, malah ia juga adalah lebih selamat untuk anda menyorokkan barang-barang berharga seperti komputer riba, kamera dan sebagainya dari pandangan orang luar. Manakala storan di bawah konsol tengah pula pastinya menggembirakan pengguna-pengguna wanita kerana ia muat untuk meletak beg bersaiz besar pada ruang dengan kapasiti 20 liter tersebut.

Bukan itu sahaja tempat yang anda boleh letakkan barang-barang, malah eMas 5 ini juga menampilkan ruang storan yang ‘dalam’ pada perehat tangan tengah. Dan dengan tombol gear bersaiz kecil dan tanpa tuil atau suis brek parkir, konsol tengahnya dapat menempatkan dua pemegang cawan bersaiz penuh, satu lagi ruang storan yang panjang dan ‘dalam’ di sebelahnya serta satu lagi ruang storan lebar terletak di bawah liang pendingin hawa tengah.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Papan pemuka eMas 5 ini pula direka ringkas, dengan pemandu menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin pendek dan lebar bersaiz 8.8-inci, manakala skrin infotainmen gergasi bersaiz 14.6-inci pula terletak di tengah.

Untuk kawalan pendingin hawa, suis fizikal hanyalah untuk on/off dan juga penyah kabus cermin yang terletak sebelah tombol gear, manakala kawalan suhu dan kelajuan kipas penghembus perlu dibuat pada skrin – ini memang kurang penulis gemari kerana tidak intuitif dan mata perlu di alih dari pandangan ke cermin hadapan ke skrin untuk mengubah larasan ketika memandu.

Tanpa banyak drama, kali ini skrin infotainmen pada eMas 5 ini terus menerima aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay yang boleh dihubungkan dari telefon tanpa wayar. Sistem yang masih menggunakan OS dari Atlas Auto ini juga kini mampu menerima arahan suara “Hi, Proton” bukan hanya dalam bahasa Inggeris, malah turut boleh beroperasi dalam Bahasa Melayu!

Ia juga mempunyai aplikasi eMas App yang mempunyai sistem navigasi bina-dalam, bagi memudahkan pengguna mencari lokasi pengecas terdekat dan terus boleh membuat pembayaran menggunakan aplikasi tersebut.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Secara standard, eMas 5 menerima kabin dengan berwarna Flint Grey yang gelap. Tetapi untuk varian Premium dengan warna badan Marble Cream dan Quartz Rose, ia diberikan kabin cerah dengan warna Alabaster White seperti yang penulis pandu kali ini.

Proton menawarkan kabin dengan warna cerah ini mungkin selepas menerima permintaan dari pengguna seperti apa yang ditawarkan pada eMas 7 2025. Ya, warna putih ini memberikan rasa lebih luas dalam kabin, dan nampak lebih premium walaupun tanpa material-material sentuhan lembut pada papan pemuka serta panel-panel pintu di mana ia dipenuhi dengan plastik-plastik keras.

Namun untuk penulis, kemasan cerah ini mungkin agak sukar dijaga memandangkan cuaca panas di Malaysia yang menyebabkan tangan kita mudah berpeluh seterusnya akan meninggalkan ‘daki’ pada bahagian yang selalu disentuh. Lagi sukar untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang lebih terdedah untuk meninggalkan kotoran khususnya selepas memegang makanan seperti coklat, ais krim dan sebagainya.

Walaupun eMas 5 ini merupakan kereta elektrik penuh, kedua-dua tempat duduk hadapan hatchback ini perlu dilaras secara manual tanpa bantuan elektrik. Begitu juga roda stereng, ia bukan sahaja menampilkan larasan manual, malah hanya boleh dilaras tinggi dan rendah sahaja, tanpa fungsi larasan teleskopik.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!
PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Walau bagaimanapun penulis tiada sebarang rungutan berkenaan rekaan tempat duduk. Geely dan Proton sememangnya mempunyai sinergi untuk memberikan tempat duduk yang memberikan sokongan yang mencukupi pada peha, pinggang dan badan sama ada pada bahagian hadapan atau di belakang. Cuma pada kabin belakang, hembusan dari liang pendingin hawa terasa agak kurang efektif, mungkin disebabkan kedudukannya yang terlalu rendah.

Proton eMas 5 ini menampilkan ruang but yang cukup besar iaitu 375 liter, di mana model-model hatchback segmen-B lazimnya menawarkan kapasiti but tidak sampai 300 liter. Namun but yang besar ini tidak datang sekali dengan penutup tonneau, jadi mungkin agak kurang selamat untuk membiarkan barangan berharga untuk dibiarkan pada ruang tersebut kerana ia boleh nampak dari luar.

Tapi anda tidak perlu risau kerana eMas 5 ini merupakan model pacuan belakang, terdapat satu lagi ruang simpanan dapat disediakan pada bahagian hadapan yang digelar sebagai frunk, di mana pada kereta dengan enjin pembakaran dalaman ruang ini lazimnya menjadi ruang untuk meletakkan enjin.

Frunk berkenaan menyediakan ruang storan tambahan sebesar 70 liter – ia bukan sahaja selamat, malah jika anda mempunyai muatan yang berbau seperti buah durian atau ikan yang baru dibeli di pasar, ruang frunk ini akan mengelakkan bau-bauan tersebut untuk masuk ke bahagian kabin di mana ini merupakan masalah lazim yang dihadapi pemilik-pemilik hatchback biasa.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Ok, dah berjela penulis bercerita pasal praktikaliti eMas 5 ini, dan sekarang jom kita mula jalan-jalan. Seperti yang diberitahu tadi, eMas 5 hanya dibekalkan dengan satu motor elektrik. Varian Premium yang penulis uji kali ini dibekalkan dengan motor berkuasa 116 PS (85 kW) dan tork maksima 150 Nm. Manakala bagi varian Prime yang lebih murah, motor elektrik yang diberikan hanya berkuasa 79 PS (58 kW) dan tork maksima 130 Nm.

Kuasa yang dibekalkan tersebut tidaklah besar mana, lebih kurang kuasa yang dihasilkan oleh enjin 1.5 liter NA yang lazimnya dibekalkan pada hatchback segmen-B biasa. eMas 5 Premium ini juga ditimbang dengan berat 1,305 kg, atau sekitar 200 kg lebih berat berbanding hatchback yang lebih kurang sama besar tetapi digerakkan dengan enjin petrol. Adakah ini membuatkan eMas 5 lebih ‘lembab’ dari hatchback segmen-B biasa? Jawapannya tidak.

Ini kerana tork 150 Nm yang dibekalkan dapat mencapai prestasi puncak pada 0 rpm. Proton menyatakan bahawa eMas 5 Premium ini boleh memecut dari 0-50 km/j dalam masa 3.9 saat, namun dalam dunia sebenar boleh penulis sifatkan tujahan yang diberikan oleh motor elektrik tunggal berkenaan adalah seperti enjin petrol 1.0 liter yang disuap oleh pengecas turbo – agak menyeronokkan, tetapi tidak melebih-lebih.

Dengan konfigurasi pacuan roda belakang, mekanisma pada sistem stereng eMas 5 ini adalah lebih bebas dan tidak dibelenggu oleh sistem pacuan kerana tidak mempunyai aci pacu yang dihubungkan kepada hab roda. Ini membolehkan sistem stereng berkenaan memberikan radius pusingan sehingga 4.95 mm, bermakna ia boleh melakukan pusingan-U pada sudut yang kecil, lebih mudah untuk masuk ke petak parkir yang kecil, serta mudah untuk menyusup melalui laluan yang sempit – jika anda tinggal di bandar-bandar yang sesak seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, ciri ini memang sangat banyak membantu.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Sebagai sebuah model pacuan roda belakang, adakah ia turut memberikan pengendalian yang menyeronokkan pada EV ini? Pada awalnya penulis tidak menaruh harapan tinggi kerana sebelum ini penulis pernah memandu uji beberapa EV pacuan roda belakang yang jauh lebih mahal, tetapi tidak memberikan karekteristik pengendalian yang diharapkan kerana ia masing-masing ditala dengan sifat understeer yang agak ketara.

Namun eMas 5 benar-benar memberikan kejutan ketika penulis mula tiba di kawasan selekoh yang berliku. Ya, ketika mula masuk ke selekoh dengan laju, terdapat sedikit rasa understeer berlaku di hadapan. Tetapi tidak lama selepas itu, sistem kestabilan elektronik hatchback ini akan menghentikan understeer berkenaan, sekaligus pacuan dari roda belakang akan membolehkan bahagian hadapan masuk ke selekoh dengan lebih tajam.

Ini memberikan karekter yang sangat lincah kepada hatchback ini ketika dipandu pada jalan raya dengan selekoh berliku seperti Genting Highland. Satu lagi yang menariknya berkenaan eMas 5 ini ialah ia tidak terlalu berat. Sememangnya ia sekitar 200 kg lebih berat dari saingan sekelas dengan enjin petrol, namun jika dibandingkan dengan eMas 7 ia adalah jauh lebih ringan kerana ‘abang’nya itu adalah sekitar 400 kg lebih berat.

Faktor ini antara sebab mengapa eMas 5 dapat memberikan karekter pengendalian yang lincah tersebut kerana inertia yang tidak terlalu besar dan pemandu tidak perlu ‘bergaduh’ dengan berat ketika di selekoh. Dengan beban yang tidak terlalu besar juga membolehkan talaan bagi suspensi pada eMas 5 ini dibuat seimbang dari segi keselesaan dan prestasi.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Jadi anda tidak akan rasa eMas 5 ini ‘membuai’ atau terasa seperti ‘sampan’ pada kelajuan tinggi walaupun diberikan talaan suspensi yang selesa, tetapi ia masih memberikan daya olengan yang minimal ketika ‘meratah’ laluan berselekoh. Untuk EV yang lebih berat, karekter seperti ini biasanya hanya dapat dirasai sekiranya ia dipadankan dengan suspensi jenis adaptif yang lebih kompleks dan mahal.

Oh ya, Proton eMas 5 ini juga diberikan suspensi jenis multilink pada bahagian belakang, di mana konfigurasi lebih jitu ini sememangnya sukar untuk ditemui untuk dipadankan pada model-model segmen-B yang lebih sinonim menerima sistem torsion beam yang ringkas, dan ia turut banyak menyumbang dalam memberikan ride & handling terbaik pada hatchback ini.

Namun untuk mendapat kelebihan seperti ini sudah tentu adalah kerana bateri yang dipadankan tidak besar. Proton eMas 5 Premium ini dibekalkan dengan bateri LFP keluaran CATL berkapasiti 40.16 kWj, dengan jarak gerak atas kertas dicatatkan sejauh 325 km.

Ketika menguji kereta ini, penulis mencatatkan penggunaan kuasa elektrik 10 kW/100 km bagi penggunaan dalam bandar melibatkan perjalanan dari Shah Alam – Petaling Jaya – Kuala Lumpur. Jadi angka yang WLTP yang diterbitkan oleh Proton tersebut agak realistik untuk dicapai sekiranya kereta ini hanya dipandu di dalam bandar dengan kelajuan sehingga sekitar 70 km/j. Tetapi sekiranya ia melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuhraya dengan kelajuan purata lebih tinggi, penulis jangkakan jarak gerak tersebut adalah lebih pendek.

PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar!

Kesimpulannya, Proton eMas 5 ini memang memberikan kejutan buat penulis – walaupun merupakan EV paling murah dalam pasaran, ia antara kereta yang memberikan senyuman buat penulis ketika memandu ujinya terutama sekali ketika ‘berseronok’ di jalan berliku. Malah ia juga sangat praktikal untuk digunakan seharian, terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar yang sesak.

Namun dengan saiz bateri yang kecil, eMas 5 mungkin hanya sesuai sebagai kereta kedua khas untuk pengangkutan harian hanya di dalam bandar, dan untuk perjalanan jarak jauh anda perlukan sebuah lagi kereta dengan enjin pembakaran dalaman atau sebuah lagi EV dengan bateri jauh lebih besar untuk jarak gerak lebih jauh.

Untuk lebih perincian berkenaan spesifikasi, perbezaan antara varian dan banyak lagi, anda boleh rujuk laporan pelancaran Proton eMas 5 ini pada PAUTAN INI.

The post PANDU UJI: Proton eMas 5 Premium 2025 – EV paling murah, tapi seronok dipandu, praktikal dalam bandar! appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts