Nissan mengumumkan bahawa model generasi baharu trak pikap Nissan Navara bakal didedahkan buat pertama kali untuk peringkat global pada 19 November ini. Serentak dengan pengumuman tersebut, Nissan turut menyiarkan satu video teaser yang menayangkan bayangan badan Navara 2026 berkenaan.

Menerusi bayangan badan yang disiarkan dalam video ini, jelas Navara generasi baharu tersebut diberikan rekaan pintu, garis-garis sisi badan dan juga penutup but depan yang seiras dengan Mitsubishi Triton. Malah lampu nyalaan siang juga terletak pada bahagian ‘kening’ sama seperti Triton.

Nissan Navara 2026 – <em>teaser</em> disiar sebelum didedah pada 19 September ini; kembar Mitsubishi Triton

Navara sebagai kembar kepada Triton bukanlah sesuatu yang dirahsiakan. Laporan Drive sebelum ini menyatakan bahawa Navara generasi baharu ini tidak akan diproduksi oleh kilang Nissan, sebaliknya ia akan dipasang oleh kilang Mitsubishi di Thailand kerana ia berkongsi asas yang sama dengan Triton.

Triton telah dilancarkan jauh lebih awal iaitu pada 2023. Trak pikap dari Mitsubishi itu juga sebenarnya menggunakan casis ladder frame baharu yang dibangunkan berdasarkan casis Navara D23. Ini adalah kerana kedua-dua jenama ini berada dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi bagi saling memanfaatkan sumber yang ada.

Nissan Navara 2026 – <em>teaser</em> disiar sebelum didedah pada 19 September ini; kembar Mitsubishi Triton

Mitsubishi Triton generasi terkini; Perhatikan garis-garis badan, bentuk pintu dan cermin tingkap dan juga penutup but depan yang seiras dengan bayangan badan Nissan Navara 2026

Pengarah urusan Nissan Oceania Andrew Humberstone juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa walaupun Navara berkongsi asas dengan Triton, ia akan menampilkan rupa yang berbeza dan menyerlahkan DNA Nissan sebenar. “Kami memastikan bahawa ia adalah Nissan. Jadi kami akan membuat beberapa perubahan untuk memastikan perkara itu berlaku,” kata Humberstone.

Model Navara sedia ada sudahpun berada dalam pasaran sekitar satu dekad. Pengenalan model generasi baharu ini dilihat penting buat Nissan yang kini sedang cuba bangkit dari krisis kewangan yang kronik. Agaknya bagaimana rupa Navara ini nanti? Teruskan bersama kami sehingga pelancaran rasminya nanti.

The post Nissan Navara 2026 – <em>teaser</em> disiar sebelum didedah pada 19 September ini; kembar Mitsubishi Triton appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts