Menerusi persidangan Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan bahawa sebanyak 12 pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia merekodkan kerugian pada tahun 2024, laporan New Straits Times.

Pengendali konsesi tersebut membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

Selain itu, ia juga melibatkan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Terowong Jalan Dan Pengurusan Air Banjir (SMART), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

“Kesimpulannya, sesiapa yang mencadangkan pembinaan lebuhraya baharu perlu mengira unjuran trafik dan kewangan dengan teliti. Jika jumlah trafik tidak mencukupi, hasil kutipan tidak akan dapat menampung kos operasi, dan akhirnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil alih konsesi tersebut,” kata Ahmad Maslan bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengenai prestasi konsesi tol.

The post MEX, Karak, LPT1, SMART, DASH, SUKE, SKVE, SPE, WCE, LEKAS rugi pada tahun 2024 – Ahmad Maslan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts